Saturday, September 5, 2009

TOPOLOGI MESH

Apabila peralatan disambung kesemua nod sistem rangkaian yang ada. Dengan kata lain, sekiranya terdapat 10 peralatan di dalam sistem tersebut, maka satu peralatan akan disambungkan secara terus kepada 9 peralatan lain, begitu juga sebaliknya.

Topologi mesh adalah suatu bentuk hubungan antara perangkat dimana setiap perangkat terhubung secara langsung ke perangkat lainnya yang ada di dalam jaringan. Akibatnya, dalam topologi mesh setiap perangkat dapat berkomunikasi langsung dengan perangkat yang dituju (dedicated links). Dengan demikian maksimal banyaknya koneksi antara perangkat pada jaringan bertopologi mesh ini dapat dihitung yaitu sebanyak n(n-1)/2. Selain itu kerana setiap perangkat dapat terhubung dengan perangkat lainnya yang ada di dalam jaringan maka setiap perangkat harus memiliki sebanyak n-1 Port Input/Output (I/O ports).

Berdasarkan pemahaman di atas, dapat dicontohkan bahawa apabila sebanyak 5 (lima) komputer akan dihubungkan dalam bentuk topologi mesh maka agar seluruh koneksi antara komputer dapat berfungsi optimal, diperlukan kabel koneksi sebanyak 5(5-1)/2 = 10 kabel koneksi, dan masing-masing komputer harus memiliki port I/O sebanyak 5-1 = 4 port (lihat gambar).

Dengan bentuk hubungan seperti itu, topologi mesh memiliki beberapa kelebihan, iaitu:

  • Hubungan dedicated links menjamin data langsung dikirimkan ke komputer tujuan tanpa harus melalui komputer lainnya sehingga dapat lebih cepat karana satu link digunakan khusus untuk berkomunikasi dengan komputer yang dituju saja (tidak digunakan secara beramai-ramai/sharing).
  • Memiliki sifat Robust, iaitu apabila terjadi gangguan pada koneksi komputer A dengan komputer B karena rosaknya kabel koneksi (links) antara A dan B, maka gangguan tersebut tidak akan mempengaruhi koneksi komputer A dengan komputer lainnya.
  • Privacy dan security pada topologi mesh lebih terjamin, karana komunikasi yang terjadi antara dua komputer tidak akan dapat diakses oleh komputer lainnya.
  • Memudahkan proses identifikasi permasalahan pada saat terjadi kerosakan koneksi antara komputer.


Meskipun demikian, topologi mesh bukannya tanpa kekurangan. Beberapa kekurangan yang dapat dicatat iaitu:

  • Memerlukankan banyak kabel dan Port I/O. semakin banyak komputer di dalam topologi mesh maka diperlukan semakin banyak kabel links dan port I/O (lihat rumus penghitungan keperluan kabel dan Port).
  • Hal tersebut sekaligus juga mengindikasikan bahawa topologi jenis ini memerlukankan biaya yang relatif mahal.
  • Kerana setiap komputer harus terkoneksi secara langsung dengan komputer lainnya maka instalasi dan konfigurasi menjadi lebih sulit.
  • Banyaknya kabel yang digunakan juga mengisyaratkan perlunya space yang memungkinkan di dalam ruangan tempat komputer-komputer tersebut berada.

Berdasarkan kelebihan dan kekurangannya, topologi mesh biasanya diimplementasikan pada komputer-komputer utama dimana masing-masing komputer utama tersebut membentuk jaringan tersendiri dengan topologi yang berbeda (hybrid network).

TOPOLOGI POKOK

Juga dikenali sebagai hybrid. Ia merupakan beberapa sistem rangkaian berbentuk bintang sambungkan kepada topologi Bas sebagai tulang belakang (back bone) sistem rangkaian.

Seperti dua atau lebih hab disambungkan kepada peralatan cecincin token (token ring) atau kabel 10Base5
  • Ciri utama topologi ini adalah penggunaan konfigurasi multi-titik.
  • Bagi topologi bas, semua stesen disambungkan kepada satu talian atau bahantara transmisi yang linear atau bas melalui satu antaramuka perkakasan yang dipanggil sebagai ‘tap’.
  • Dalam topologi ini operasi dupleks penuh (full-duplex) dibenarkan di antara stesen dengan ‘tap’ bagi membolehkan data transmisi dalam kedua-dua arah dan boleh diterima oleh semua stesen lain.
  • Pada penghujung bas diletakkan satu ‘terminator’ yang akan menyerap keluar isyarat daripada bas.
  • Topologi pokok pula adalah sama seperti topologi bas, cuma ianya mempunyai cabang.

DATA TAK SEGERAK & DATA SEGERAK

DATA TAK SEGERAK

· Elak masalah timing dgn tidak menghantar arus bit berterusan tanpa henti

· Data dihantar sebanyak 1 character setiap masa. 1 character = 5-8 bit

· Pemasaan atau kesegerakkan (synchronization) perlu dikelakan dalam 1 character tersebut sahaja

· Penerima boleh mensegerak (synchronize) pada permulaan setiap character.

· Tiada character dipancarkan à talian antara penghantar dan penerima berada dalam keadaan idle.

· Permulaan character ditandakan dengan bit mula (start bit) binari 0, diikuti dengan 5-8 bit yang mewakili data character.

· Bit character dihantar dgn LSB sebagai data pertama

· Bit pariti akan mengekori MSB terakhir. Bit pariti terdiri daripada pariti ganjil atau pariti genap à kegunaannya utk mengesan ralat

· Elemen terakhir à stop (binari 1)

· Tempoh minimum `stop` ditetapkan sebagai 1, 1.5 atau 2 kali ganda tempoh 1 bit biasa

· Stop = idle à penghantar terus menghantar bit stop selagi tiada data baru utk dihantar

· Keperluan timing bagi sistem tak segerak adalah mudah

· Proses penyegerakan dalam penghantaran tak segerak terbahagi kepada tiga kaedah:

Ø Penyegerakan bit iaitu dicapai dengan menggunakan 1 klok penerima berfrekuensi 16/32/64 X frekuensi data yang terdapat di penghantar.

Ø Penyegerakan aksara iaitu yang dicapai dengan menggunakan bit kawalan mula dan akhir untuk setiap aksara.

Ø Penyegerakan frame / rangka iaitu dicapai dengan menggunakan aksara kawalan STX untuk tanda permulaan frame dan ETX untuk tanda tamat frame.

Keburukan dan kebaikan penghantaran data tak segerak

  • Baik: mudah dan murah
  • Buruk:
    • memerlukan bit overhead sebanyak 2-3 bit per character
    • Cth: kod 8-bit dengan 1 stop bit (dgn tempoh 1 bit), 1 start bit à 2/10 bit tidak membawa data = 20% overhead
    • Atasi: Hantar banyak bit diantara bit start dan stop (tingkatkan saiz character)
    • Tetapi, blok data yg tinggi à ralat timing terkumpul tinggi
  • Jika suatu arus character dihantar, jarak diantara 2 character adalah seragam, sama jaraknya dgn tempoh elemen stop
  • Cth: ASCII ABC dihantar (stop = logic 1, 1 bit)
  • Start bit (0) memulakan turutan timing utk 9 elemen seterusnya, iaitu 8 bit kod ASCII dan stop bit

DATA SEGERAK

  • Penghantaran berterusan tanpa bit start dan stop
  • Saiz blok data boleh mengandungi banyak bit
  • Utk mengelakkan perbezaan timing (timing drift) antara penghantar dan penerima, perlu penyegerakkan jam (clock synchronization)
  • Contoh penyegerakkan:

1. Salah satu (penerima / pemancar) menghantar maklumat jam melalui talian khas yang berasingan dari talian maklumat

Cth maklumat jam: denyutan pendek pada setiap masa bit

Masalah: berguna utk jarak dekat

Jarak jauh à talian alami hingar, maklumat jam boleh jadi tidak tepat

2. Masukkan maklumat jam pada data yang dihantar

à boleh dilakukan pada kod Manchester, dsb

3. Masukan maklumat jam pada frekuensi gelombang.

cth: pada fasa gelombang pembawa

Frame penghantaran segerak

  • Penghantaran segerak memerlukan tahap kesegerakkan yang berbeza supaya penerima mengetahui tentang mula dan berakhirnya suatu blok data
  • Blok data dimulakan dgn turutan bit preamble, diakhiri dgn turutan bit postamble
  • Maklumat kawalan à digunakan dalam kawalan aliran data
  • Frame: data + preamble + postamble + maklumat kawalan
  • Frame mula dgn preamble dipanggil flag (8 bit)
  • Flag sama digunakan pada postamble
  • Penerima mencari kehadiran flag utk menandakan permulaan frame, diikuti dgn maklumat kawalan, blok data (saiz tidak tetap), maklumat kawalan dan akhirnya flag diulangi
  • Penghantaran segerak lebih efisyen utk data besar
  • Tak segerak perlu 20% atau lebih overhead
  • Maklumat kawalan + preamble + postamble biasanya < 100 bit
  • Terdapat dua kaedah untuk melakukan penyegerakkan suatu sambungan data iaitu:

a. Penyegerakkan berasaskan aksara

Bagi kaedah ini setiap kerangka yang akan dihantar terdiri dari aksara-aksara 7 atau 8 bit, yang akan dihantar tanpa sebarang lengahan di anatara setiap bit. Penerima, setelah mendapat penyegerakkan klok(bit), mesti boleh mengesan mula dan akhir setiap aksara-penyegerakkan aksara dan mengesan mula dan akhir setiap kerangka-penyegerakkan kerangka.

b. Penyegerakkan berasaskan bit

Bagi kaedah ini setiap kerangka yang dihantar boleh mengandungi bilangan bit-bit yang tidak tetap, tidak semestinya rangkaian 8 bit. Bila kandungan kerangka dihantar ke talian penghantaran akan mengesan bila ada turutan 5 digit-digit binary æ1Æ dan memasukkan binary æ0Æ secara otomatik. Dengan cara ini aturan flag 01111110 tidak akan hadir di antara flag mula dan flag akhir.

cute girlz....

cute girlz....

Doa Seorang Kekasih....

Oh, tuhan….

Seandainya telah kau catatkan, dia milikku tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku,titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, kumohon apa yang telah kau takdirkan, ku harap dia adalah yang terbaik buatku kerana Engkau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanmu

Ya tuhanku yang maha pemurah….

Beri kekuatan jua harapan, membina diri yang lesu tak bermaya, semaikanlah setulus kasih di jiwa

Kupasrah kepadaMu, kurniakanlah aku pasangan yang beriman bisa menemani aku supaya ku dan dia dapat melayar bahtera ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Allah….

Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan ku harap dia adalah yang terbaik buatku kerana Engkau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya tuhanku yang maha pengasih…..

Engkau sahaja pemeliharaku, dengarkan rintihan hambaMu ini jangan Engkau biarkan ku sendiri agar ku bisa bahagia walau tanpa bersamanya, gantikanlah yang hilang tumbuhkan yang telah patah, ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat

Padamu tuhan, kumohon segala..….

Renung-renungkanlah....

Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,

Segar mewangi di pelusuk dunia setulus kasih sesuci embun,

Lembut wanita kerana senyumannya,

Cekal wanita kerana beraninya,

Patuh wanita kerana setianya,

Sabar wanita kerana imannya,

Kasih wanita kerana belaiannya,

Lemah wanita kerana airmatanya,

Ikhlas wanita kerana simpatinya,

Dendam wanita kerana cemburunya,

Sayang wanita kerana sikap keibuannya,

Tanpa wanita lelaki lemah,

Kerana wanita lelaki kalah,

Renung-renungkanlah…..