Thursday, July 16, 2009

AkTiViTi 2

Kelas CCT1023 pada minggu ini bersamaan 15/7/2009 ,Cik Azura telah memulakan kelas pada malam tersebut dengan mengalukan kedatangan pelajar yang baru yang baru mendaftar untuk kelas tersebut. Seterusnya, Cik Azura telah menjelaskan kepada kami tentang tugasan yang perlu di buat. Terdapat 4 tugasan yang perlu dilakukan iaitu 3 merupakan tugasan individu dan satu merupakan tugasan berkumpulan. Kami mempelajari bab 1 dan di suruh untuk memikirkan faedah dan kelemahan media cetak dan media elektronik. Seterusnya, para pelajar di minta untuk berkongsi idea di dalam kelas mengenai idea yang di perolehi. Sebelum pulang,semua pelajar di minta memilih ahli kumpulan dan menyerahkan nama ahli kumpulan kepada Cik Azura.

1 comment:

cute girlz....

cute girlz....

Doa Seorang Kekasih....

Oh, tuhan….

Seandainya telah kau catatkan, dia milikku tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku,titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, kumohon apa yang telah kau takdirkan, ku harap dia adalah yang terbaik buatku kerana Engkau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanmu

Ya tuhanku yang maha pemurah….

Beri kekuatan jua harapan, membina diri yang lesu tak bermaya, semaikanlah setulus kasih di jiwa

Kupasrah kepadaMu, kurniakanlah aku pasangan yang beriman bisa menemani aku supaya ku dan dia dapat melayar bahtera ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Allah….

Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan ku harap dia adalah yang terbaik buatku kerana Engkau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya tuhanku yang maha pengasih…..

Engkau sahaja pemeliharaku, dengarkan rintihan hambaMu ini jangan Engkau biarkan ku sendiri agar ku bisa bahagia walau tanpa bersamanya, gantikanlah yang hilang tumbuhkan yang telah patah, ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat

Padamu tuhan, kumohon segala..….

Renung-renungkanlah....

Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,

Segar mewangi di pelusuk dunia setulus kasih sesuci embun,

Lembut wanita kerana senyumannya,

Cekal wanita kerana beraninya,

Patuh wanita kerana setianya,

Sabar wanita kerana imannya,

Kasih wanita kerana belaiannya,

Lemah wanita kerana airmatanya,

Ikhlas wanita kerana simpatinya,

Dendam wanita kerana cemburunya,

Sayang wanita kerana sikap keibuannya,

Tanpa wanita lelaki lemah,

Kerana wanita lelaki kalah,

Renung-renungkanlah…..